Wednesday, May 6, 2009

Tanah NCR

Seperti yang kita ketahui,Tanah NCR di Sarawak banyak kebaikan kepada kerajaan Sarawak malah ada keburukkan di mana maklumat yang kita dapat tidak jelas seperti mana yang terpapar di surat khabar ataupun berita di TV.Sebagai contoh Di Daerah Kanowit,Kanowit oil Palm yang di kendalikan oleh pengurusan Boudsted Holding Berhad.Projek perladangan tersebut telah dijalan selama 12 tahun.Selama 12 tahun ladang tersebut beroperasi,Dividen dan bonus 30% tidak diagihkan dengan betul.Masalahnya dalam masa 12 tahun ladang beroperasi,adakah tiada keuntungan?Di mana silapnya? Adakah penduduk Tempatan bersalah?Pada Masa sekarang ladang tersebut tidak beroperasi dan ia memberi kesan terhadap penduduk tempatan.Adakah penduduk tempatan bersalah kerana memberhentikan operasi di tanah yang yang menjadi hak milik mereka?Apakah yang wakil rakyat buat?Seperti yang dipaparkan pada surat khabar "Boneo Post" di mana wakil rakyat tersebut telah menyalahkan orang kampung. Betul atau tidak tindakan wakil tersebut.Kemana wakil rakyat dan pergawai daerah pergi?Apakah wawasan Wakil kerajaan?

Akhir sekali,bersama-sama kita berfikir adakah status Tanah NCR sesuai di majukan pihak kerajaan negeri?Diharap kita sebagai Iban tulen jangan terpengaruh dengan godaan atau janji palsu yang berpanjang dari pihak tertentu.Walaupun bergitu,Tidak bererti kerajaan tidak buat kerja...takkan orang pergi bulan kita masih di sini.

1 comment: